Tuesday 9 October 2012

Proton Persona

Proton Persona merupakan kereta sedan yang dihasilkan oleh pengeluar kereta kebangsaan Malaysia, Perusahaan Otomobil Nasional, PROTON. Ia dihasilkan bagi menggantikan model sebelumnya, Proton Wira yang berusia 14 tahun. ereta ini merupakan model sedan berasaskan model sebelum ini, Proton Gen-2. Reka bentuk dalaman Gen-2 telah diubah sedikit untuk disesuaikan untuk pembeli kereta keluarga yang sebelum ini lebih berbentuk sporty.

Enjin Campro yang digunakan adalah sama dengan enjin model sebelumnya iaitu berkuasa 82kW unit cuma berbeza dari beberapa aspek seperti transmisi dan lain-lain.
Persona yang menggunakan enjin Campro 1.6 liter. Ada 7 pilihan warna iaitu putih (solid white), merah (solid red), hitam (tranquility black), perak (iridescent white), kelabu (metal grey), emas (light gold) dan ungu (blueberry tea).

No comments:

Post a Comment